Ada orang merasakan hidupnya kosong tiada memberi apa-apa makna. Kita sebagai Insan apabila mengharapkan insan lain memberikan sesuatu memang susah, apa salahnya kita mengubah persepsi kita dengan memberikan sesuatu kepada keluarga, rakan dan masyarakat. Sekiranya kita mempunyai sikap begini maka hidup kita lebih bermakna .
Renungi Sabda Nabi ini :
عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ الله ُعَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اْليَدُّ اْلعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ اْليَدِّ السُّفْلى . فَالْيَدُّ اْلعُلْيَا هِيَ اْلمُنْفِقَةُ وَ اْليَدُّ السُّفْلى هِيَ السَّائِلَةُ ( متفق عليه )
Dari ibnu Umar Ra. sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda : “ Tangan di atas itu lebih baik dari pada tangan di bawah. Tangan yang di atas itu ialah yang member dan tangan yang di bawah itu ialah yang meminta.” (H.R Mutafaq ‘Alaih).
Hidup Untuk Makan atau Makan Untuk Hidup
Ramai manusia sekarang lari dari matlamat yang telah ditentukan oleh Allah . Apabila melihat isu-isu yang berlaku di Negara Kita yang tercinta maka tidak salah saya katakan ramai Masyarakat sekarang menjadikan hidup ini untuk makan bukan makan untuk hidup. Bagaimana komen anda
Al-Quran dan Matematik